25 September 2009

BERITA TAMAN 3/09

Mesyuarat Agung Khas Aktiviti Bagi Bulan Ramadhan, Syawal dan Korban Kelompok

Mesyuarat telah diadakan pada 22 Julai 2009 (Rabu) lalu dan beberapa ketetapan telah dicapai diantaranya ialah:-

1. PROGRAM SEBELUM RAMADHAN - Majlis Bacaan Yassin Tahlil Arwah dan Penutup Kelas Agama akan diadakan pada 15 Ogos 2009 bersamaan dengan 25 Syaban 1430H selepas solat maghrib. Borang-borang penyertaan dan sumbangan (wang atau barang) akan diedarkan kepada semua penduduk kedua-dua taman memaklumkan perkara ini. Tarikh akhir terima sumbangan barangan untuk memasak ialah pada 8 Ogos 2009. Sempena majlis ini gotong royong membersihkan surau dan masak untuk khenduri akan diadakan mulai pagi tersebut. Penduduk kedua-dua taman dijemput datang beramai-ramai.

2. Sambutan Nisfu Syabaan – akan diadakan pada 5 Ogos 2009 (Rabu) selepas solat maghrib. Semua penduduk dijemput hadir.

3. Program Bulan Ramadhan –

I. Solat Tarawih berjemaah – mengekalkan dan melantik imam dan bilal seperti tahun lalu.

II. Tadarus AlQuran – diteruskan dan mohon golongan muda turut bersama.

III. Qiamulail – program ini mulai dari malam 16 Ramadhan hingga akhir. Akan dipimpin secara bergilir-gilir oleh Tn. Hj. Miyan Tambi, Ustaz Mohd Rashdan, En. Che At dan En. Kamal.

IV. Berbuka puasa di surau – mesyuarat bersetuju untuk mengadakannya sebanyak 4 malam pada tarikh-tarikh berikut – 27/8, 3/9, 10/9 dan 14/9.

· Setuju untuk jemput bersama anak-anak yatim atau/ dan tahfiz .

· Bubur Lambok – akan diuruskan pada tarikh berikut – 31/8, 7/9

· Ruang Sembahyang – setuju untuk tutup ruang koridor dengan tabir bagi kaum wanita.

· Jawatankuasa memohon kerjasama ibu bapa memberitahu anak-anak peringkat sekolah rendah untuk bersembahyang di koridor jika dalam surau penuh.

· Khemah – akan dipasang pada hari gotong royong nanti – 15 Ogos 2009.

4. Program Syawal –

· Takbir malam raya – akan dibahagikan kepada 2 kumpulan dan diketuai oleh Imam Hj. Miyan dan En. Che At. Surat akan diedarkan kepada semua penduduk mohon maklumbalas yang ingin menyertai.

· Sambutan Hari Raya – mesyuarat bersetuju untuk mengadakan seperti tahun-tahun lalu. Satu Sambutan perdana di surau dan satu lagi program marhab%an dan ziarah rumah ke rumah. Jamuan pada malam ziarah terpulang kepada penduduk. Tidak ada paksaan untuk mengadakan jamuan kelompok. Satu mesyuarat khas akan diadakan untuk membincangkan secara terperinci.

5. Korban Kelompok – mesyuarat bersetuju untuk melaksanakan seperti tahun-tahun lepas. Mesyuarat melantik Hj. Abu Bakar Jaafar sebagai pengerusi jawatankuasa kecil untuk mengendalikan aktiviti ini. Tuan/ Puan adalah dinasihatkan mendaftar awal bagi memudahkan urusan korban dijalankan.

6. SUMBANGAN-SUMBANGAN IKHLAS bagi aktiviti-aktiviti KHUSUS.

Pihak Lembaga sedia menerima sebarang sumbangan selain dari YURAN BULANAN bagi menampong perbelanjaan aktiviti-aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan di Surau Taman kita ini.

7. Kepada penduduk Taman Ihsan dan Taman Ara Indah yang belum mendaftar sebagai ahli Madrasah Al Ihsan anda adalah dipelawa untuk mendaftar dengan bayaran sebanyak RM sebulan.

8. Semua urusan dengan Lembaga Madrasah Al Ihsan seperti membayar yuran atau sumbangan bolehlah berurusan dengan wakil-wakil kawasan yang telah dilantik seperti berikut:

· Taman Ihsan - Tn. Hj. Abu Bakar Jaafar dan Hj. Idris Hj. Mohd. Nor

· Taman Ara Indah – AI 2 dan 3 – Hj. Mohd. Shafie

AI 4 - En. Syahrin Amri Mohd. Noh

AI 5 - Norisham Ismail

AI 6 – Hj. Mohamad b. Saleh

%…………………………………………………………………………………………………………….

Nama:

Alamat: Tarikh:

Tuan Pengerusi

Madrasah Al Ihsan, Batu Berendam

SUMBANGAN BARANG /WANG UNTUK MAJLIS BACAAN YASSIN TAHLIL ARWAH DAN PENUTUP KELAS AGAMA

Saya nama seperti diatas ingin memberi sumbangan seperti berikut bagi Jawatankuasa Madrasah Al Ihsan menjalankan aktiviti diatas yang akan diadakan pada 15 Ogos 2009.

Wang sejumlah RM …………… (Ringgit Malaysia )

Barang berupa – sila nyatakan - ……………………………………………………………….. (hendaklah diserahkan kepada AJK Madrasah Al Ihsan sebelum 8 Ogos 2009)

Bersama-sama ini saya lampirkan nama-nama arwah bagi tujuan tersebut di atas.

Saya bersetuju jika ada wang sumbangan yang lebih dimasukkan ke dalam Tabung Madrasah Al Ihsan untuk kegunaan aktiviti yang lain pula.

Sekian, Terima kasih.

……………………………………

Nama:

No comments: