20 November 2010

Qurban pada 20/11/2010

Salam Sejahtera,

Terima kasih kepada yang menjayakan majlis Qurban pada tahun ini , lembu yang disembelih tak banyak sekitar 1 dan sub con sekitar 4, semoga segala usaha anda diberkati oleh Allah SWT.

Pada masa yang sama, mendoakan agar Hj Shahbudin selamat menjalani pembedahan "by pass" di KL pada 21/11/2010, sama -sama kita doakannya.

Gambar aktiviti dan pak pacak, mondor, pengurus , codinator , tukang masak , kaki selit , nasi tambah  ( sila teka) seperti di bawah:-

Sekian
Admin

10 October 2010

MAJLIS MARHABAN DI TMN EHSAN / TAMAN ARA - 1431 H / 2010 @ OCTOBER DI TAMAN ARA INDAH (FINAL)

As Salam ,

Majlis penutup di kawasan Taman Ara.

Kesemua penduduk yang hadir ( ke dua Taman) , terima kasih banyak , bagi penganjur penutup majlis Jalan 5 , tahniah  kerana berjaya menyediakan penduduk dan makan yang cukup ........tak macam tahun - tahun lepas ................timun je.......MAKA DENGAN INI SEJARAH TIMUN DITUTUP DGN RASMINYA.

Jumpa di Jamuan Sambutan Hari Raya Qurban

Sekian
OTAM



26 September 2010

MAJLIS MARHABAN/ SELAWAT DI TMN EHSAN / TAMAN ARA - 1431 H / 2010 @ OCTOBER

As Salam,

Demi matahari dan sinarnya di pagi hari

Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi
Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan

Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya ... Subhanallah

Kepada mereka yang sangsi majlis yang memuji Rasulallah SAW .......saksikan.
Tahun lepas dia muncul di penutup majlis dan pada tahun ini di pertengahan majlis (Kemera yang berbeza pada tahun lepas dan pada tahun ini 2 kemera yang merakam)
Beruntung kepada penghuni yang menjayakan majlis ukhwah dan selawat ini.....

Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan.
[Al-Ahzab: 56]
 
Seseorang dari Bani Kinanah bersyair:

"Bagi-Mu pujian dari insan yang bersyukur
Diturunkan hujan kepada kami berkat wajah Nabi
Dia berdoa kepada Allah, Khaliqnya
Dengan doa yang menjadikan mata tertunduk
Secepat lambaian sorban, bahkan lebih cepat
Kami telah melihat hujan bak mutiara berjatuhan
Jadilah beliau seperti kata pamannya, Abu Thalib
Berwajah putih nan bersih
Dengannya Allah menyiramkan awan
Inilah kesaksian tentang berita itu
Siapa bersyukur kepada Allah, akan mendapat tambahan
Dan siapa ingkar kepada Allah, akan mendapat murka."


KELEBIHAN & FAEDAH SELAWAT KE ATAS RASULULLAAH صلى الله عليه وسلم

1. Menjunjung perintah Allah Subhanahu wa Ta'ala

2. Perkara yang sama-sama dilakukan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala juga berselawat ke atas Nabi صلى الله عليه وسلم walaupun maknanya berlainan.

3. Perkara yang sama dilakukan oleh para malaikat kerana para malaikat juga berselawat ke atas Nabi صلى الله عليه وسلم walaupun maknanya berlainan.

4. Dikurniakan 10 rahmat oleh Allah atas setiap selawat

5. Ditinggikan pangkatnya 10 darjat

6. Dituliskan baginya 10 kebajikan

7. Dihapuskan daripadanya 10 kejahatan

Sabda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم yang bermaksud" Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali maka Allah akan berselawat ke atasnya 10 kali, menghapuskan kesalahannya dan mengangkatnya 10 kali darjat""

8. Diharapkan doanya dimakbulkan kerana selawat inilah yang menaikkan doa itu ke langit

9. Mendapat syafaat Nabi صلى الله عليه وسلم

10. Diampunkan dosa

11. Menyelesaikan masalh atau menghilangkan dukacita

12. Membolehkan dekat dengan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم pada hari qiamat.

"Orang yang paling hampir kepadaku di hari Qiamat ialah orang yang paling banyak berselawat ke atasku" (Maksud Hadith)

13. Boleh menggantikan sedeqah bagi orang yang tidak sanggup

14. Ditunaikan segala hajat

15. Mendapat doa dari malaikat dan rahmat Allaah Subhanahu wa Ta'ala

16. Membersihkan hati dan mensucikannya

17. Mendapat khabar gembira sebelum mati bahawa dia ahli syurga

18. Terlepas daripada huru-hara Hari Qiamat

19. Mendapat doa dan salam Nabi صلى الله عليه وسلم

20. Dapat mengingatkan kembali perkara lupa.

21. Mengharumkan majlis dan tidak ada penyesalan dalam majlis itu.

22. Menghilangkan kemiskinan

23. Tidak termasuk dalam golongan yang bakhil

24. Terlepas daripada kutukan Nabi صلى الله عليه وسلم"Hinalah orang yang disebutkan namaku di sisinya tetapi tidak berselawat"

25. Menyenangkan jalan-jalan masuk syurga

26. Menjauhkan majlis daripada menjadi busuk

27. Menyempurnakan setiap kalimah yang dimulakan dengan memuji ALlaah Subhanahu wa Ta'ala

28. Mendapat Nuur ketika lalu di Titian (Sirat)

29. Menjadikan kita tidak bersifat kasar

30. Mendapat pujian Allah Subhanahu wa Ta'ala dan para malaikat

31. Diberkati umur dan pekerjaannya

32. Mendapat rahmat Allah Subhanahu wa Ta'ala dan sentiasa dikasihi olehNya

33. Menambah mahabbah kasih sayang terhadap RasuluLlaah صلى الله عليه وسلم

34. Allah Subhanahu wa Ta'ala dan RasulNya صلى الله عليه وسلم bertambah kasih kepada kita.

35. Mendapat petunjuk dan hati menjadi hidup 36. Nama orang yang berselawat disebut-sebut di sisi Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم 37. Menetapkan kaki di Titian Siratulmustaqim

38. Menunaikan sedikit hak Nabi nnn dan bersyukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala

39. Termasuk daripada zikrullah mengingat Allah Subhanahu wa Ta'ala & RasulNya صلى الله عليه وسلم 40. Mendapat kemuliaan dan keistimewaan Allah Subhanahu wa Ta'ala .

Telah berkata seorang 'ulama: "Sebaiknya seorang penuntut 'ilmu berselawat sebanyak 300 kali sehari (60 kali selepas solat 5 waktu)"

Sumber: Maulid Ad-Daibai & 21 Rahsia Mendapat Keberkatan Ilmu

 



Gambar yang kami rakam , dimana terdapat khalimah ........

Kepada yang tak buat majlis ini di rumah anda ...no komen ......sebab rezeki . umur , ajal dan maut bukan ditangan kita.


Sekian
Otam67

MAJLIS MARHABAN DI TMN EHSAN / TAMAN ARA - 1431 H / 2010 @ OCTOBER



As Salam,


Jamuan Raya & Majlis Selawat pagi hari ke dua di Tmn Ehsan ( Hari pertama di Tmn Ara ,lorong pengerusi - juru kamera MC).

Kepada penduduk yang joint , Hj Shahbuddin, Cikgu Bakar , Imam Mian, HJ Mohd Nor, Ust Aini , HJ...lupa nama , HJ .....lupa nama tetapi bapa kepad usop ......(sebab malam tadi minta rokok sebatang) , berbanyak terima kasih kerana sudi mengadakan majlis ini , walaupun ramai yang tak sunggup.......untuk adakan pada tahun ini..................

Selamat memuji Kekasih Allah dan menjalin semangat ukhwah & moga Allah SWT membuka pintu maripah kepada kiat semua , kepada yang tak joint ...rugilah anda , entah bila kami yang ramai nak datang ke rumah anda , besok atau lusa belum tentu , samaada anda atau kami yang tiada di dunia yang sementara ini.

Sehubungan tersebut bagi pihak Madrasah Al Ihsan & Pengerusi dan AJK & nasi tambah ( geng blog : http://madrasahalihsan.blogsport.com/ )  memohon ampun dan maaf diatas sebarng kesalahan sepanjang perkhidmatan kami. Yang indah & cantik & molek adalah milik Allah dan segala yang buruk adalah kelemahan kami yang hina ini.

Sekian
Otam67

11 July 2010

Sambutan Isra’ Mikraj 27 Rejab -11 Julai 2010


As Salam untuk makluman semua.
Kepada penduduk yang tak datang , lain kali datang itupun jika ada masih peluang ( itupun jika tak meninggal dunia)
Sekian
Otam

21 June 2010

BERITA TAMAN 2/10 (Mac - Mei 2010)

Penduduk Taman Ihsan dan Taman Ara Indah – semoga sejahtera dan dalam peliharaan Allah sentiasa. Amin

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa 2/2010 Madrasah Al-Ihsan telah diadakan pada 21 Mei 2010 yang lalu. Beberapa perkara dibincang dan diputuskan. Diantaranya ialah:

    1. Yuran Ahli. – Terima kasih kepada yang membayar. Bendahari memaklumkan masih ramai yang tidak membayar yuran. Bendahari akan sediakan Status Yuran terkini dan edarkan kepada penduduk-penduduk Taman. Penduduk Taman diminta sama-sama bertanggungjawab melunaskan yuran bulanan ni.
    2. Tadarus Al Quran – Mesyuarat bersetuju aktiviti ini diteruskan pada hari Jumaat malam selepas solat Maghrib.
    3. LOGO Lembaga Madrasah Al-IhsanMesyuarat bersetuju diadakan pertandingan LOGO dalam 2 minggu dari mesyuarat AJK ini. Syarat penyertaan adalah seperti berikut:-
        1. Ciptaan yang asli bukan ciplak. Gunakan kertas Lukisan
        2. Melambangkan aktiviti keagamaan, kesatuan, sosial dan harmoni dengan memasukan;
          1. Bentuk mesjid, bulan sabit dan hati
          2. Moto – Istiqamah Membawa Berkat
          3. Warna Kuning, Hijau dan Putih
          4. Perkataan Lembaga Madrasah Al Ihsan, Batu Berendam, Melaka
        3. Tarikh akhir menghantar penyertaan ialah pada atau sebelum 16 Jun 2010 kepada Hj. Idris Hj. Mohd. Nor, Setiausaha LMAI
        4. Satu hadiah akan diberikan kepada pemenang. Keputusan pengadilan adalah muktamad.
    4. Kelas Hafazan Bagi Anak-anak. Terdapat 25 anak-anak penduduk Taman menghadiri kelas Hafazan yang diadakan pada setiap pagi Sabtu dan Ahad di surau. Anak-anak dari umor 5 tahun hingga SPM. Selain hafazan anak-anak dilatih melakukan sembahyang sunat Dhuha sebelum balik ke rumah. Ibu bapa diminta memantau disiplin anak-anak ketika berada di surau.
    5. Khenduri dan Tahlil Arwah Kelompok – Majlis yang kedua pada tahun ini akan diadakan pada bulan Julai 2010 nanti. Tarikh sebenar akan dimaklumkan kemudian.
    6. Ceramah Agama – Persediaan menyambut bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Mesyuarat bersetuju majlis diadakan seperti berikut:-

Tarikh: 10 Jun 2010 (Hari Khamis)

Masa: Selepas Solat Maghrib

Sempena majlis ini, anugerah pelajar cemerlang bagi peperiksaan PMR dan SPM 2009 akan diadakan. Sepertibiasa ibu/bapa/penjaga diminta memaklumkan kepada Setiausaha jika anak-anak mereka mendapat 6A keatas bagi PMR dan 6A keatas bagi SPM BESERTA SESALINAN KEPUTUSAN pada atau sebelum 5 Jun 2010.

7. Kelas Agama – Hadis 40 – Kelas ini yang dipimpin oleh Ust. Mohd. Nuri pada setiap Hari Ahad malam Isnin selepas solat Maghrib. Manakala Kelas Hafazan (Lelaki Dewasa sahaja) pada malam yang sama selepas solat Isya’. Semua dijemput hadir.

8. Sambutan Isra’ Mikraj – akan diadakan pada 27 Rejab bersamaan 11 Julai 2010. LMAI akan maklumkan kemudian.

9. Mesyuarat bersetuju dengan cadangan untuk menaikkan satu bangsar/ wakaf kekal menggantikan yang lama di kawasan sediada. Perbelanjaan sekitar RM 4,000 ke RM 5,000.00. Penduduk Taman dimohon untuk menyumbang kepada Lembaga Madrasah Al Ihsan untuk tujuan ini.

10. Semua urusan membayar yuran atau sumbangan kepada Lembaga Madrasah Al Ihsan bolehlah berurusan dengan wakil-wakil kawasan yang telah dilantik seperti berikut:

Taman Ihsan - Tn. Hj. Abu Bakar Jaafar dan Hj. Idris Hj. Mohd. Nor

Taman Ara Indah –

AI 2 dan 3 – Hj. Mohd. Shafie

AI 4 - En. Syahrin Amri Mohd. Noh

AI 5 - Norisham Ismail

AI 6 – Hj. Mohamad b. Saleh

JADUAL AKTIVITI MADRASAH AL IHSAN

HARI

MASA

AKTIVITI

AHAD

Selepas Solat Maghrib

Kelas Hadis 40

Pimpinan Ust. Mohd. Nuri

AHAD

Selepas Solat Isya’

Hafazan (Lelaki sahaja)

Pimpinan Ust. Mohd. Nuri

ISNIN

Selepas Solat Maghrib

Kelas Fardhu Ain

Pimpinan Ust. Mohd. Rashdan

SELASA

Pagi

Tadarus dan Tafsiran (Lelaki sahaja)

Pimpinan Ust. Ali bin Omar

SELASA

Selepas Solat Maghrib

Kelas Al Quran (Perempuan sahaja)

Pimpinan Ustazah Aishah

RABU

Selepas Solat Maghrib

Kelas Al Quran

Pimpinan Ust. Mohd. Rashdan

KHAMIS

Selepas Solat Maghrib

Kelas Agama

Pimpinan Ust. Pardon

KHAMIS

Selepas Solat Maghrib

Majlis Bacaan Yassin (Selang seli dengan kuliah diatas)

JUMAAT

Selepas Solat Maghrib

Tadarus Al Quran

Disediakan oleh

Setiausaha

LEMBAGA MADRASAH AL – IHSAN

22 Mei 2010

05 May 2010

Tak Malu Kita....

Gambar pembesaran Masjidil Haram - Mekah.




Gambar perkuburan di Balqi, Madinah , tuan / puan yang budiman jaga adap , masuk kawasan ini sila buka selipar , tolong hormat yang yang dilawati berbanding dengan kita yang banyak dosa nie...itupun kalu kita perasaaan kita nie banyak dosa ?


Bukit uhud ...kita ziarah tempat nie untuk tengok kesan sejarah ...dan bukan suruh pergi shopping ...malule dengan para suhadah......turun je dari bas persiaran dan sebok cari barang bukan nak buat doa atau mohon doa.....


Antara tempat disarankan berdoa ...doalah hal akhirat ....tolong malu dengan tuhan ...


Raudah........... nak shoping ke ..atau nak beribadat kat sini......


Raudah.....kita nak zariah manusia yang Allah jadikan untuk sekian Alam dan bukan setakat alam manusia....namun kita nie jenis manusia ego / berlagak.............bodoh sombong ........Kita tak Malu jika kita hadir ke sini dengan bekalan RM5000 atau RM 10,000 untuk shopping ( itu belum tukar duit riyal) , namun bila kita hadir ke masjid Nabi dan sambil memberi Salam kepada Rasullallah , TAK MALU KE KITA BEKALAN SELAWAT YANG KITA BAWA DARI MALAYSIA SEMASA NAK BERTEMU DENGANYA ADALAH 0 ,

MALU LE........manusia yang kita nak beri salam nie bukan sebarang orang , beliau adalah KEKASIH ALLAH ...........................SEBAIK - BAIK MANUSIA ............

Al Amin..............Semasa wafat baginda , harta yang tinggalkan amat-amat sedikit , namun kita rumah ( belum habis bayar) , kereta ( tukar yang baru & belum habis hutang)....rumah lain .....tv............Namanya di sebut dalam Al Quran ....dan BUKAN adik - beradik kita .....

Apa salah kalau kita boleh selawat sepanjang nak pergi atau 2/3 hari sebelum pergi dan sediakan bekalan rohani sekitar 5000 - 70000 ribu selawat untuk Rasullallah , tentu jiwa kita berbahagia ziarah di Masjid kekasih Allah.....Malulah kepada Rasullallah SAW.


Waktu pagi....