04 October 2009

BERITA TAMAN 6/09 (Oktober 2009) Terkini

Penduduk Taman Ihsan dan Taman Ara Indah

Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Aidulfitri

Dimaklumkan, Majlis Sambutan Hari Raya Aidulfitri 1430H/ 2009 akan diadakan seperti kenyataan berikut:

Tarikh: 11 Oktober 2009 (AHAD)

Masa: Sesi 1 – 8.00 pagi – 12.00 tengahari

Sesi 2 – 8.00 malam – 11.00 malam

Tempat: Perkarangan Madrasah Al Ihsan

Aktiviti-aktiviti: Program dilampirkan bersama….

1. Peraduan Mewarna dan Melukis – dibahagi kepada 4 Kategori

§ Kategori Pra Sekolah

§ Kategori Tahap 1 – anak-anak Tahun 1 hingga Tahun 3

§ Kategori Tahap 2 – Tahun 4 hingga Tahun 6

§ Kategori Menengah Rendah (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3)

2. Pertandingan Mengenal Huruf-huruf, Tilawah Hafazan, Azan dan Iqamah serta Tulisan Jawi – dibahagikan kepada 2 tahap

§ TAHAP 1 – berumor diantara 7 hingga 10 tahun

§ TAHAP 2 – berumor diantara 11 hingga 16 tahun.

3. Pertandingan Volleyball untuk Lelaki Dewasa – antara Penduduk Taman Ihsan dan Taman Ara Indah akan berlangsung pada pukul 5.00 petang di padang Madrasah

4. Makanan dimasak secara GOTONG ROYONG mulai dari pukul 2.00 petang. Kaum ibu/ bapa yang ingin menyumbang tenaga dipersilakan hadir.

5. Sebelah Malam - Persembahan Berunsur Keagamaan dan Permainan Acara Khas untuk keluarga selain dari JAMUAN AIDILFITRI.

Mohon kerjasama semua penduduk supaya hadir beramai-ramai menjayakan Majlis ini.

Disediakan oleh: Setiausaha LMAI - himn_55@yahoo.com

ATURCARA

Tarikh: 11 Oktober 2009 (AHAD)

SESI 1 (Pagi)

8.00 pagi

- Pendaftaran Peraduan Mewarna

8.20 pagi

- Taklimat Peraduan Mewarna dan Melukis

8.30 pagi

- Peraduan Mewarna dan Melukis bermula

10.00 pagi

- MINUMAN

10.05 pagi

- Pendaftaran Pertandingan Mengenal Huruf-huruf, Tilawah Hafazan, Azan dan Iqamah serta Tulisan Jawi

- Taklimat Pertandingan Mengenal Huruf-huruf, Tilawah Hafazan, Azan dan Iqamah serta Tulisan Jawi

10.15 pagi

- Pertandingan Mengenal Huruf-huruf bermula

10.30 pagi

- Tilawah Hafazan bermula

10.45 pagi

- Tilawah Azan bermula

11.00 pagi

- Pertandingan Tulisan Jawi bermula

5.00 petang

- Pertandingan Volleyball

SESI 2 (Malam)

7.45 malam

- Semua penduduk Taman Ihsan dan Ara Indah berhimpun di surau

8.02 malam

- Solat Isyak Berjamaah

8.40 malam

- Bacaan Doa

8.45 malam

- Ucapan Pengerusi Lembaga Madrasah Al-Ihsan

9.00 malam

- Persembahan Berunsur Keagamaan bermula

- JAMUAN Aidil’fitri

- Permainan Acara Khas

10.00 malam

- Penyampaian hadiah dan Cenderamata

- Cabutan nombor bertuah

11.00 malam

- Bersurai

No comments: