28 February 2010

BERITA TAMAN 1/10 (Januari & Februari 2010)

Penduduk Taman Ihsan dan Taman Ara Indah – semoga sejahtera dan dalam peliharaan Allah sentiasa. Amin

Mesyuarat 1/2010 Ahli Jawatankuasa Madrasah Al-Ihsan telah diadakan pada 29 Januari 2010 yang lalu. Beberapa keputusan telah dicapai hasil dari perbincangan dan persetujuan ahli-ahli Jawatankuasa yang arif. Diantaranya ialah:

1. Kumpulan Kompang – Mesyuarat melantik En. Norisham Ismail membantu En. Madhad mencari anak-anak yang berminat menyertai kumpulan kompang secepat mungkin. Ibu bapa yang ingin anak-anak mereka bergiat dalam kumpulan ini silalah hubungi mereka.

2. Kelas Agama dan Mengaji Al Quran/ Tadarus –Kelas diteruskan tetapi ditukar pada hari Rabu malam Khamis

3. Key Chain – Mesyuarat bersetuju untuk diedarkan kepada ahli Lembaga yang berhak sahaja.

4. Khenduri dan Tahlil Arwah Kelompok – Majlis akan diadakan pada 26 Februari 2010 bersempena dengan Maulidur Rasul. Masak secara bergotong royong di surau pada petang hari tersebut. Kepada yang berminat boleh memberi maklumat dan sumbangan seperti dahulu. Borang disediakan.

5. Makan Minum Keluarga jika berlaku kematian ahli keluarga sebagai tugas Lembaga Madrasah meringan dan membantu keluarga.

Satu Jawatankuasa Khas telah dibentuk dan mesyuarat juga bersetuju makan minum akan disediakan pada hari kematian dan malam pertama tahlil sahaja. Makanan akan dimasak di surau jika berkesempatan. Jika tidak akan dipesan menerusi caterer. Maklumat kematian hendaklah diberikan kepada Pengerusi dan AJK Madrasah Al-Ihsan.

6. Kelas Agama Untuk Anak-anak. Mesyuarat telah dimaklum dan berbincang dengan serius serta bersetuju untuk mengadakan Kelas Hafazan bagi anak-anak Taman Ihsan dan Taman Ara Indah serta dari luar yang akan diadakan di surau kita dan dipimpin oleh Ustaz Nuri. Kelas akan bermula pada Bulan Februari – 6 dan 7 Februari 2010 iaitu pada hari Sabtu dan Ahad seterusnya. Pendaftaran akan dibuat pada pukul 8.00 pagi – 6 Februari 2010 (Sabtu). Syarat-syarat kemasukan,

a. Anak-anak yang boleh membaca muqadam/ alquran

b. Bayaran minima akan dikenakan sebanyak RM 20.00 seorang sebulan.

c. Ibu/bapa perlu hadir dimasa pendaftaran. Satu taklimat akan diberikan sebelum sesi bermula.

7. Majlis Gotong Royong Membersihkan Surau akan diadakan pada HARI AHAD minggu kedua setiap bulan. Penduduk Taman Ihsan dan Ara Indah diminta hadir bersama. Gotong oyong terdekat ialah pada 7 Februari 2010.

8. Semua urusan dengan Lembaga Madrasah Al Ihsan seperti membayar yuran atau sumbangan bolehlah berurusan dengan wakil-wakil kawasan yang telah dilantik seperti berikut:

Taman Ihsan - Tn. Hj. Abu Bakar Jaafar dan Hj. Idris Hj. Mohd. Nor

Taman Ara Indah – AI 2 dan 3 – Hj. Mohd. Shafie

AI 4 - En. Syahrin Amri Mohd. Noh

AI 5 - Norisham Ismail

AI 6 – Hj. Mohamad b. Saleh

Disediakan oleh

Setiausaha

LEMBAGA MADRASAH AL – IHSAN

1 Februari 2010

No comments: