21 June 2010

BERITA TAMAN 2/10 (Mac - Mei 2010)

Penduduk Taman Ihsan dan Taman Ara Indah – semoga sejahtera dan dalam peliharaan Allah sentiasa. Amin

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa 2/2010 Madrasah Al-Ihsan telah diadakan pada 21 Mei 2010 yang lalu. Beberapa perkara dibincang dan diputuskan. Diantaranya ialah:

    1. Yuran Ahli. – Terima kasih kepada yang membayar. Bendahari memaklumkan masih ramai yang tidak membayar yuran. Bendahari akan sediakan Status Yuran terkini dan edarkan kepada penduduk-penduduk Taman. Penduduk Taman diminta sama-sama bertanggungjawab melunaskan yuran bulanan ni.
    2. Tadarus Al Quran – Mesyuarat bersetuju aktiviti ini diteruskan pada hari Jumaat malam selepas solat Maghrib.
    3. LOGO Lembaga Madrasah Al-IhsanMesyuarat bersetuju diadakan pertandingan LOGO dalam 2 minggu dari mesyuarat AJK ini. Syarat penyertaan adalah seperti berikut:-
        1. Ciptaan yang asli bukan ciplak. Gunakan kertas Lukisan
        2. Melambangkan aktiviti keagamaan, kesatuan, sosial dan harmoni dengan memasukan;
          1. Bentuk mesjid, bulan sabit dan hati
          2. Moto – Istiqamah Membawa Berkat
          3. Warna Kuning, Hijau dan Putih
          4. Perkataan Lembaga Madrasah Al Ihsan, Batu Berendam, Melaka
        3. Tarikh akhir menghantar penyertaan ialah pada atau sebelum 16 Jun 2010 kepada Hj. Idris Hj. Mohd. Nor, Setiausaha LMAI
        4. Satu hadiah akan diberikan kepada pemenang. Keputusan pengadilan adalah muktamad.
    4. Kelas Hafazan Bagi Anak-anak. Terdapat 25 anak-anak penduduk Taman menghadiri kelas Hafazan yang diadakan pada setiap pagi Sabtu dan Ahad di surau. Anak-anak dari umor 5 tahun hingga SPM. Selain hafazan anak-anak dilatih melakukan sembahyang sunat Dhuha sebelum balik ke rumah. Ibu bapa diminta memantau disiplin anak-anak ketika berada di surau.
    5. Khenduri dan Tahlil Arwah Kelompok – Majlis yang kedua pada tahun ini akan diadakan pada bulan Julai 2010 nanti. Tarikh sebenar akan dimaklumkan kemudian.
    6. Ceramah Agama – Persediaan menyambut bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Mesyuarat bersetuju majlis diadakan seperti berikut:-

Tarikh: 10 Jun 2010 (Hari Khamis)

Masa: Selepas Solat Maghrib

Sempena majlis ini, anugerah pelajar cemerlang bagi peperiksaan PMR dan SPM 2009 akan diadakan. Sepertibiasa ibu/bapa/penjaga diminta memaklumkan kepada Setiausaha jika anak-anak mereka mendapat 6A keatas bagi PMR dan 6A keatas bagi SPM BESERTA SESALINAN KEPUTUSAN pada atau sebelum 5 Jun 2010.

7. Kelas Agama – Hadis 40 – Kelas ini yang dipimpin oleh Ust. Mohd. Nuri pada setiap Hari Ahad malam Isnin selepas solat Maghrib. Manakala Kelas Hafazan (Lelaki Dewasa sahaja) pada malam yang sama selepas solat Isya’. Semua dijemput hadir.

8. Sambutan Isra’ Mikraj – akan diadakan pada 27 Rejab bersamaan 11 Julai 2010. LMAI akan maklumkan kemudian.

9. Mesyuarat bersetuju dengan cadangan untuk menaikkan satu bangsar/ wakaf kekal menggantikan yang lama di kawasan sediada. Perbelanjaan sekitar RM 4,000 ke RM 5,000.00. Penduduk Taman dimohon untuk menyumbang kepada Lembaga Madrasah Al Ihsan untuk tujuan ini.

10. Semua urusan membayar yuran atau sumbangan kepada Lembaga Madrasah Al Ihsan bolehlah berurusan dengan wakil-wakil kawasan yang telah dilantik seperti berikut:

Taman Ihsan - Tn. Hj. Abu Bakar Jaafar dan Hj. Idris Hj. Mohd. Nor

Taman Ara Indah –

AI 2 dan 3 – Hj. Mohd. Shafie

AI 4 - En. Syahrin Amri Mohd. Noh

AI 5 - Norisham Ismail

AI 6 – Hj. Mohamad b. Saleh

JADUAL AKTIVITI MADRASAH AL IHSAN

HARI

MASA

AKTIVITI

AHAD

Selepas Solat Maghrib

Kelas Hadis 40

Pimpinan Ust. Mohd. Nuri

AHAD

Selepas Solat Isya’

Hafazan (Lelaki sahaja)

Pimpinan Ust. Mohd. Nuri

ISNIN

Selepas Solat Maghrib

Kelas Fardhu Ain

Pimpinan Ust. Mohd. Rashdan

SELASA

Pagi

Tadarus dan Tafsiran (Lelaki sahaja)

Pimpinan Ust. Ali bin Omar

SELASA

Selepas Solat Maghrib

Kelas Al Quran (Perempuan sahaja)

Pimpinan Ustazah Aishah

RABU

Selepas Solat Maghrib

Kelas Al Quran

Pimpinan Ust. Mohd. Rashdan

KHAMIS

Selepas Solat Maghrib

Kelas Agama

Pimpinan Ust. Pardon

KHAMIS

Selepas Solat Maghrib

Majlis Bacaan Yassin (Selang seli dengan kuliah diatas)

JUMAAT

Selepas Solat Maghrib

Tadarus Al Quran

Disediakan oleh

Setiausaha

LEMBAGA MADRASAH AL – IHSAN

22 Mei 2010

No comments: